top of page

MUIS Lapor Polis Selepas Sangsi Dengan Urus Niaga Zakat Masjid Al-Istiqamah.


Masjid Al-Istiqamah


Sewaktu pemeriksaan audit terhadap sistem zakat, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengesan bahawa urus niaga zakat di Masjid Al-Istiqamah mencurigakan.


Rentetan itu, MUIS telah membuat laporan polis dan menggantung segala pembayaran zakat di masjid itu termasuk secara tunai.


MUIS mengendalikan pemeriksaan audit secara kerap untuk memastikan ketelusan sistem zakat. Majlis itu juga menyebut bahawa sistem zakat teguh dan mampu untuk mengesan segala percanggahan yang menandakan sebarang salah laku.


Menurut MUIS, mereka akan menyemak semula SOP untuk melihat jika langkah tambahan diperlukan bagi mengetatkan lagi sistem dan proses zakat sementara menunggu hasil siasatan polis.


Lantaran pembayaran zakat di Masjid Al-Istiqamah digantung, para jemaah dinasihatkan agar membayar zakat melalui wadah digital seperti pusat layan diri SalamSG di masjid berkenaan atau menerusi laman zakat.sg.


Setiap tahun MUIS melantik beberapa buah masjid sebagai pusat pembayaran zakat harta rasmi. Maka, masyarakat boleh melaksanakan ibadah zakat di masjid berhampiran, seperti Masjid Muhajirin di Toa Payoh, Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio, atau Masjid En-Naeem di Hougang.



Summary



Semasa menjalankan audit sistem zakat, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengesan urus niaga yang mencurigakan di Masjid Al-Istiqamah.


Lantaran itu, MUIS melaporkan isu itu kepada polis dan menghentikan semua pembayaran zakat di masjid berkenaan.


MUIS sentiasa membuat pemeriksaan sistem zakat untuk memastikan ketelusan sistem itu dan menegaskan bahawa mereka mampu mengenal pasti sebarang salah laku.


Mereka akan semak semula prosedur operasi standard (SOP) bagi memantapkan sistem zakat sementara siasatan polis sedang dijalankan.


Memandangkan pembayaran zakat digantung di Masjid Al-Istiqamah, para jemaah dinasihatkan menggunakan alat digital seperti pusat layan diri SalamSG atau laman web zakat.sg.


Pembayaran masih boleh dibuat di masjid-masjid lain yang dilantik sebagai pusat pembayaran zakat harta rasmi, antaranya Masjid Muhajirin, Masjid Al-Muttaqin, dan Masjid En-Naeem.



59 views0 comments

Related Posts

See All

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page